FUNGSI
WACANA DALAM BAHASA MELAYU
Abstrak
Penggunaan
wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang sangat
penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang berkualiti. Setiap murid yang
berada di sekolah rendah mahupun menengah seharusnya tahu akan fungsi dan
seterusnya mahir menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan
seseorang pelajar menguasai wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam
melahirkan atau menghasilkan sesebuah penulisan yang kritis dan puitis. Wacana
bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh pelajar, malah ianya perlu
dipelajari dan dikuasai. Latihan yang berterusan sama ada bertulis mahupun
pembacaan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah
rendah lagi agar mereka dapat menguasai sepenuhnya sehinggalah mereka dapat
mengaplikasinya sehingga ke tahap menara gading dan ke tahap yang lebih tinggi
lagi.
1.0. PENDAHULUAN
Bahasa
adalah alat perhubungan yang paling efektif. Bahasa juga menggambarkan status
seseorang . Penggunaan kata yang sempurna dan tuntas baik secara lisan mahu pun
tulisan menjadikan bahasa itu semakin gramatis dan difahami. Penggunaan kata
dan wacana dalam ayat yang dituturkan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
yang lengkap setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui
sebaris ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana
dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa.
Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang
merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut
pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi
batas ayat. Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang
bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,
bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau
lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Di dalam tatabahasa,
wacana ini diletakkan di tahap paling atas atau tertinggi mengikut hierarki dan
boleh dinyatakan seperti rajah berikut:
Wacana
|
Ayat
|
Klausa
|
Frasa
|
Perkataan
|
Morfem
|
Fonem
|
Berdasarkan
pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa
mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad. Walaupun begitu, sejumlah ayat
tertentu hanya membawa satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula
akan membentuk satu fokus pemikiran yang mana di dalam tatabahasa
ianya disebut sebagai wacana. Selain itu, wacana juga boleh disebut sebagai
rentetan, tautan dan hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga
menjadi satu bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah,
buku seminar, bengkel, forum dan sebagainya.
Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu ‘wocono’ atau ‘woco’ yang
membawa maksud baca. Terdapat dua jenis wacana di dalam unit bahasa iaitu
wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara
lisan dan melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar
seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan
sebagainya. Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan
dan sebagainya dalam menyampaikan sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula
berkisar kepada tulisan dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.
Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung .
Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel
dan lain-lain lagi.
2.0.FUNGSI
PENANDA WACANA
Penanda
wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk
menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa
menulis atau berucap dan ia amat penting dalam sesuatu teks kerana
penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian
teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain perkataan,
penanda wacana ini digunakan
untuk:
i)
menyambung ayat dengan ayat;
ii)
menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain
iii)
melahirkan
ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.
Raminah
Hj Sabran (1985) melalui bukunya Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan
telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan meluas sebagai panduan
kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa seluruh negara. Nik
Safiah Karim (2009) di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ada menyebut tentang
fungsi penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi bersama oleh Samsu
Yaakob (2009) di dalam bukunya yang berjudul Senarai Semak Sistem Ejaan dan
Tatabahasa Bahasa Melayu. Menurut mereka ini, di dalam bahasa
Melayu, terdapat lima jenis utama penandaan wacana seperti:
i)
Penanda Penghubung;
ii)
Penanda rujukan;
iii)
Penanda penggantian;
iv)
Penanda leksikal; dan
v)
Penanda elipsis atau pengguguran.
Bagi
meningkatkan mutu penulisan di kalangan pelajar, mereka seharusnya tahu
menggunakan wacana yang sesuai dan pelajar juga perlulah tahu akan fungsi
wacana yang digunakan. Terdapat empat fungsi utama di dalam
penanda wacana iaitu:
a)
Penghubung tambahan;
b)
Penghubung tentangan atau sebaliknya;
c)
Penghubung musabab atau sebab; dan
d)
Penghubung tempoh masa atau ketika.
2.1.Menunjukkan
maksud penghubung tambahan.
Menurut
Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penghubung tambahan merupakan
penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang
telah diperkatakan sebelumnya. Antara penanda wacana
yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti dan, lalu,
malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan
lain-lain lagi. Contoh ayat yang boleh dibina adalah
seperti:
- Tugas sebagai seorang guru di kawasan pedalaman benar-benar mencabar dan memberi pengalaman baru kepadanya kerana sebelum ini dia merupakan seorang anak orang berada yang tinggal di bandar besar. Malahan dia juga berpeluang beramah-mesra dengan penduduk-penduduk termasuklah petani dan penternak dalam mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.
- Pendidik haruslah berusaha membimbing pelajarnya melakukan pelbagai aktiviti kokurikulum secara teori mahupun praktikal. Di samping itu, isi pelajaran yang hendak disampaikan mestilah menarik minat pelajar.
2.2.Menunjukkan
maksud sebaliknya atau penghubung tentangan.
Menurut Nik
Safiah Karim (2009), penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan
pertentangan maklumat antara suatu yang baru diperkatakan dengan yang
sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara penanda wacana yang sering dan boleh
digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan ialah seperti tetapi,
sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain
lagi. Contoh ayat yang menggunakan wacana ini adalah seperti berikut:
- Kassim telah lama berpindah ke Semenanjung. Namun hati kecilnya masih teringat akan negeri di bawah bayu itu.
- Ani dan Razak adalah anak angkat Pak Hamid yang dipelihara sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, mereka berdua menganggap Pak Hamid seperti bapa kandung mereka sendiri.
2.3.Menunjukkan
maksud sebab atau penghubung musabab.
Pelajar juga
boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan sebab berlakunya sesuatu
perkara atau peristiwa. Apabila penanda wacana ini digunakan, jalan cerita akan
menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan pelajar dalam
memilih kata-kata yang sesuai di dalam penulisan. Antara penanda
wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh
sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan
lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong oleh Siti Hajar binti Abd Aziz
dalam bukunya Bahasa Melayu II terbitan Oxford Fajar (2009). Contoh ayat yang
dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah:
- Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan di pinggir bandar. Sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama dan tidak mempunyai semangat kejiranan menjadikan masalah ini sukar dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap.
- Keadaan hidup keluarganya amat daif. Maka itu dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membawa keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.
2.4.Menunjukkan
maksud ketika atau penghubung tempoh.
Mengikut
Raihana Hamdan, Aina Rosli, Amin Nur Aiman dan Salina Hussin (2007), dalam buku
Bahasa Melayu UPSR Teks dan Rujukan Lengkap turut mengatakan bahawa fungsi
wacana adalah merujuk kepada maksud ketika atau penghubung tempoh iaitu
penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu peristiwa
atau kejadian. Antara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah
seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka
dan akhirnya. Antara
contoh ayat yang dapat dibina dalam wacana jenis ini ialah seperti:
- Pertama, ibu saya sakit. Kedua, kereta saya rosak dan ketiga, hujan lebat ketika itu. Itulah antara sebab-sebab saya tidak dapat hadir mesyuarat petang semalam.
- Sebaik sahaja rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan. Semua ahli rombongan mendengar penerangan yang disampaikan dengan penuh minat. Selepas itu, kami diarahkan membawa bagasi ke tempat pemeriksaan.
Selain
daripada yang telah dinyatakan di atas, penanda wacana yang terdapat di dalam
bahasa Melayu ialah seperti penanda permulaan karangan, penanda memulakan isi
baharu, penanda huraian isi karangan, penanda memberi contoh, penanda menutup
isi, penanda menulis dua huraian dalam satu ayat, penanda memulakan perenggan
penutup, penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza dan penanda
memulakan atau memasukkan peribahasa.
Setelah
diteliti kesemua fungsi wacana yang telah dinyatakan di atas, jelaslah kepada
kita bahawa fungsi-fungsi wacana ini sebenarkan mempunyai makna yang berbeza
antara satu wacana dengan wacana yang lain mengikut kategori yang telah
ditetapkan.
3.0.PENANDA
WACANA DALAM PERENGGAN
Berikut
adalah contoh-contoh perenggan yang dipilih untuk melihat penggunaan wacana di
dalam petikan:
3.1.Petikan
1
Perenggan
ini adalah dipetik daripada buku ‘Cakna Bestari’ terbitan Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk “Mencipta Inovasi Sebagai
Pendekatan Baru – Menyubur Kecerdasan Logik Matematik Berformula Pengalaman
Yang Amat Bermakna”, muka surat 11.
Pembelajaran
dengan modul Program Asas TIP RING KONSEP K3 menulis karangan. Semasa mengaplikasinya,
saya menjelaskan makna FORMUL KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua
isi dan ketiga kesimpulan. Setiap karangan
mesti memenuhi disiplin 3 komponen tersebut. Komponen pengenalan mempunyai
3 ciri iaitu pertama isu berdasarkan tajuk, kedua huraian
isu dan ketiga arahan atau respons soalan daripada
tajuk. Dalam Komponen Isi, pertama murid
saya perlu menyatakan isi mengikut arahan soalan, kedua menghuraikan
isi dan ketiga mereka memberi contoh
yang berkaitan isi. Begitu juga pada Komponen
Kesimpulan, pertama mesti menyimpulkan tajuk
berdasarkan pendapat murid, kedua huraian cadangan
terhadap isu dan ketiga jelaskan harapan kepada isu.
Berdasarkan
petikan di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh dikesan dalam
ayat-ayat yang digunakan. Antara penanda wacana yang ditemui ialah seperti ‘semasa’,
‘ pertama’, ‘ kedua’, ‘ ketiga’ , ‘ setiap’, ‘dalam’ dan begitu
juga. Penanda wacana atau perkataan ‘semasa’ yang
terdapat di dalam ayat tersebut membawa maksud atau menunjukkan sesuatu
tempoh atau ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala perkataan atau
penanda wacana ‘pertama’, ‘kedua’ dan ‘ketiga’
pula membawa maksud urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu
perkara yang diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana ‘begitu
juga’ pula membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat yang
terdahulu.
Di
dalam petikan tersebut, penulis kerap-kali mengulangi penanda wacana ‘pertama’,
‘kedua’ dan ‘ketiga’ kerana terdapat banyak perkara
yang terpaksa disentuh oleh penulis berdasarkan formula konsep yang
diperkenalkan dan perlu diterangkannya supaya pembaca memahami dengan lebih
mendalam. Penanda wacana yang digunakan oleh penulis di dalam petikan tersebut
sememangnya mudah difahami oleh pembaca dan maksud yang hendak disampaikan
adalah jelas. Namun begitu, di dalam ayat, ‘Dalam komponen
isi……’, adalah tidak begitu sesuai digunakan di dalam petikan tersebut.
Penulis sepatutnya menggunakan ‘sementara komponen isi,…..’
bagi menerangkan urutan penerangan yang akan disampaikan bagi menampakkan
wacana yang menarik.
3.2.Petikan
2
Perenggan
ini pula adalah dipetik daripada buku ‘Cakna Bestari’ terbitan
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk ”Pusat Sumber SMK Convent
Sebelum Inovasi”, muka surat 51.
Kedudukan
PSS SMK Convent tidak strategik kedudukannya kerana terletak
di tingkat empat bangunan belakang. Pun begitu, PSS
tetap berdiri megah tanpa pelanggan.Walaupun agak ceria dan
bersih, tetapi PSS bergerak sendirian dan bersifat terasing. Selalunya jumlah
pengawas PSS lebih ramai berbanding pengunjung. Faktor koleksi buku yang
tidak terkini, pengawas PSS yang tidak cekap menjalankan tanggungjawab,
ketiadaan promosi dan galakan amalan membaca menyebabkan PSS hanya
sekadar bilik pameran tanpa pelanggan. Malahan, PSS menjadi medan
guru-guru memenuhi waktu ganti (relief). Namun begitu, murid-murid murid-murid
masih menggunakan PSS hanya mengikut waktu perpustakaan sahaja dan
mereka masih tetap tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk
membaca. Hal yang demikian ini terbukti apabila
jumlah pinjaman buku sangat minimum.
|
Dalam petikan kedua ini pula, penulis artikel tersebut telah menggunakan
beberapa penanda wacana yang agak berbeza daripada petikan pertama tadi. Di
dalam petikan tersebut, beberapa penanda wacana yang telah dikesan adalah
seperti ‘pun begitu’, ‘walaupun’, ‘selalunya’ ‘malahan’, ‘namun begitu’ dan
‘hal yang demikian’.
Penanda
wacana ‘pun begitu’ adalah merujuk kepada maksud
pertentangan di mana menceritakan tentang PSS yang terdapat di situ tetapi
tidak ada pengunjung yang datang atas sebab-sebab tertentu. Penanda
wacana ‘walaupun’ pula memberi maksud tentang pendapat
yang berbeza atau sebaliknya iaitu tentang PSS yang kelihatan ceria
tetapi masih tidak dapat menarik pengunjung datang ke situ. Perkataan ‘kebiasaannya’membawa
maksud atau memberi gambaran tentang keseluruhan serta rumusan pendapat penulis
tentang PSS yang dinyatakan itu. Sementara itu, perkataan‘malahan’ merujuk
kepada maksud penanda keterangan atau huraian kejadian sebaliknya di mana PSS
digunakan oleh guru-guru untuk ‘berehat’ ketika waktu jadual ganti dan bukannya
waktu untuk mengajar. Penanda wacana ‘hal yang demikian’ pula
merujuk kepada rumusan sebab di mana ia menerangkan tentang bilangan
peminjam yang berkurangan walaupun PSS kelihatan ceria.
Penulisan
petikan kedua ini menampakkan satu wacana yang menarik dan pembaca boleh
memahami isi yang hendak disampaikan dengan jelas. Perkataan ‘selalunya’
dilihat adalah kurang tepat digunakan di dalam ayat dan boleh digantikkan
dengan perkataan atau penanda wacana yang lebih sesuai seperti ‘kebiasaannya’
dan memperlihatkan penanda wacana yang lebih menarik untuk digunakan.
3.3.Petikan
3
Sementara
perenggan ketiga pula adalah dipetik daripada buku ‘Cakna
Bestari’ terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk “Nilai
Membentuk Generasi Berilmu”, muka surat 82-83.
Sebenarnya, untuk
mendidik dan membimbing seseorang murid mejadi tokoh NILAM bukanlah sesuatu
tugas yang ringan dan mudah. Banyak halangan dan cabaran terpaksa
dihadapi. Contohnya, daripada sepuluh orang murid yang dipilih
dan dibimbing dari tingkatan satu tersebut, mungkin hanya tiga atau empat
orang sahaja yang akan kekal bersekolah hingga ke tingkatan lima. Ada
diantaranya akan bertukar ke sekolah lain selepas Peperiksaan
PMR. Hal ini demikian kerana murid yang mendapat keputusan
cemerlang iaitu 7A dan 8A ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah
berasrama penuh atau melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik.Apabila perkara
ini berlaku, ada kalanya, calon pilihan utama sekolah yang telah diberi
bimbingan dengan ilmu NILAM turut bertukar sekolah. Selain itu,
cabaran terbesar adalah untuk memilih tokoh NILAM daripada kalangan
lelaki. Sudah menjadi kelaziman di negara kita, murid
perempuan lebih gemar membaca berbanding murid lelaki. Oleh itu,
pihak sekolah terpaksa berusaha gigih mancari tokoh dalam kalangan murid
lelaki untuk diketengahkan sebagai tokoh NILAM ini. Sehingga ini,
kami hanya berjaya mengetengahkan hanya dua orang calon sahaja.
|
Penanda wacana atau perkataan yang digunakan di dalam petikan ketiga adalah
seperti ‘sebenarnya’, ‘contohnya’, ‘ada diantaranya’,
‘hal yang demikian’, ‘apabila’, ‘selain itu’,’sudah menjadi kelaziman’, ‘oleh
itu’ dan ‘sehingga itu’.
Penanda
wacana ‘sebenarnya’ membawa maksud mengesahkan atau
pengeahan sesuatu maklumat yang disampaikan. Perkataan ‘contohnya’ pula
adalah bermaksud untuk memberikan contoh seuatu perkara atau benda yang hendak
diterangkan dengan lebih mendalam. Sementara perkataan ‘hal yang
demikian’, ‘sudah menjadi kelaziman’ dan ‘oleh itu’ pula
membawa maksud sebab atau musabab atau akibat sesuatu hal
dan kejadian yang berlaku. Maksud penanda wacana bagi ‘apabila’ dan
‘sehingga itu’ pula merujuk kepada penanda waktu atau tempoh
masa.
Bagi
penanda wacana ‘selain itu’ pula membawa maksud
memulakan sessuatu isi baru dalam penulisan dan menunjukkan perbandingan
sesuatu perkara. Manakala perkataan atau penanda wacana ‘selebihnya’ pula
membawa maksud penghubung tambahan di dalam sesuatu ayat dan boleh juga
menunjukkan sebagai bilangan. Walaupun petikan ketiga ini nampak sempurna,
namun penulis boleh menggantikan penanda wacana ‘ada diantaranya’ kepada
penanda wacana yang lebih menarik iaitu ‘selebihnya’ kerana
ia akan menampakkan masud bilangan dalam wacana yang ingin diterangkan.
Daripada
ketiga-tiga petikan yang telah dianalisa mengenai penanda wacananya, dapatlah
dirumuskan bahawa penanda wacana ini digunakan di dalam setiap petikan dan
mempunyai bermacam maksud mengikut konteks ayat yang dibina. Sesuatu penanda
wacana tidak hanya membawa maksud yang tetap tetapi boleh berubah mengikut
situasi ayat yang dilafazkan.
4.0.CADANGAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN WACANA DI DALAM KALANGAN PELAJAR
Pelajar-pelajar
sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan lebih banyak lagi cara-cara
meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti
penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan hasil kualiti sesebuah
karya. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa
dalam Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan
bahawa beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha
menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan
aktiviti penulisan.
Pelajar
yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau
karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu
dan membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku
ilmiah dan sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata
dan mengetahui penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam
hasil tulisan mereka nanti. Pelajar juga patut didedahkan dengan
latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan yang mengandungi penanda
wacana yang baik agar mereka dapat memahami serta tahu fungsi penanda wacana
yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti.
Bagi
mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini,
guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan ayat atau membina ayat-ayat
berdasarkan penanda wacana yang betul. Seterusnya, murid juga perlu diberi
latihan menyusun ayat berdasarkan urutan serta meletakkan penanda wacana dan
kata hubung yang sesuai.
Seterusnya
murid diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita dengan
memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan
supaya terdapat kohesi dan koherennya.Selain itu, pelajar juga harus tahu serta
mengetahui fungsi-fungsi wacana yang hendak digunakan. Wacana yang menarik akan
menjamin kesinambungan cerita yang menarik atau kelancaran perjalanan cerita
atau idea dari satu perenggan ke satu perenggan.
Bagi
menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah menjadikan
kamus sebagai ‘kawan rapat’. Sentiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti atau
makna perkataan sukar atau perkataan baru yang akan digunakan di dalam
penulisan. Gunakan wacana yang betul dan tepat apabila menulis dan dilarang
sama sekali menggunakan wacana yang dianggap ‘sedap’ bunyinya tetapi tidak
diketahui makna dan salah penggunaannya.
Setelah
pelajar pasti karya yang ditulis telah selesai, pelajar diminta membaca dan
menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri
terhadap hasil penulisan tersebut. Penekanan perlu diberikan kepada format, isi
atau huraian, imbuhan yang bersesuaian, struktur ayat, tanda baca serta
perbendaharaan kata yang betul. Penanda wacana yang digunakan perlulah diteliti
dengan betul agar penggunaannya tepat pada tempat yang betul. Jangan sesekali
menggunakan tanda soal di dalam wacana. Baiki segera kelasahan atau membuat
penambaikan jika terdapat kekurangan dalam hasil penulisan tersebut.
Jika
pelajar dapat memenuhi kesemua cadangan yang dikemukan seperti di atas, pelajar
tidak perlu rasa bimbang kerana kemungkinan hasil sesebuah karya yang dibuat
telah menepati apa yang diminta. Cadangan di atas telah dinyatakan oleh
beberapa orang pemeriksa kertas yang berpengalaman. Tetapi, jika
cadangan ini tidak diambil pusing oleh pelajar, besar kemungkinan hasil penulisan
akan menjadi lemah dan menyebabkan pelajar tidak memperolehi markah yang tinggi
seperti yang diharapkan.
5.0.KESIMPULAN
Bahasa
Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang
digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan
mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren).
Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi
hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar
tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan
tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan
ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu
idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau
pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.
Wacana
yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang
dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda
wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan
penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah
yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami
idea yang ingin disampaikan itu.
Setelah
diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam
bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah
karya ataupun penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan
dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan
mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur
ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara
keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana
yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya
dengan berkesan di masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh
semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang
berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang
berkesan.
___________________________________________________________________________________
Satu Kajian
tentang Penganalisisan Aras Teori Wacana
Analisis
wacana ialah satu kajian terhadap unsur-unsur yang merupakan suatu wacana yang
koheren (Cook, 1994:6). Menurut Crystal ( 1985 ), kajian tentang analisis
wacana berfokus kepada struktur yang terdapat pada bahasa lisan. Contohnya,
komunikasi, wawancara, ucapan dan lain-lain lagi. Wacana merupakan unit bahasa
terbesar yang telah dianalisis melalui kajian wacana. Kajian wacana pula
berkait dengan pandangan bahasa itu sendiri. Terdapat tiga pandangan bahasa
dalam kajian wacana. Antaranya ialah:
1)
Positivisme-empiris
Pandangan ini melihat bahasa
sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Pandangan positivism-empiris
tidak melihat makna yang subjektif ataupun nilai yang mendasari kepada sesuatu
penyataan tetapi, makna penyataan dilihat sebagai satu kebenaran atau
ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi ketatatuturan tatabahasa seperti
koheren dan kohesi. Pandangan ini difokuskan kepada keteraturan iaitu ayat
gramatis dan kepaduan dalam sesebuah wacana itu sendiri. Subjek dan objek
komunikasi dipisahkan dalam pandangan ini.
2)
Konstruktivisme
Pandangan
ini berbeza dengan pandangan positivisme-empiris. Subjek dan objek komunikasi
tidak dapat dipisahkan kerana dipengaruhi oleh pemikiran fenomenologi.
Pandangan ini hanya melihat subjek komunikasi dan hubungan sosial sebagai satu
aspek semata-mata. Subjek komunikasi hanya dipandang sebagai pelaku yang mampu
mengawal wacana dengan maksud yang tertentu.
3)
Pandangan kritis
Pandangan kritis pula membetulkan
pandangan konstruktivisme kepada proses produksi atau reproduksi makna yang
terjadi secara historis dan institusional. Bahasa dalam pandangan kritis adalah
lebih difahami sebagai representasi yang membentuk subjek tertentu, topik
wacana tertentu ataupun strategi yang terdapat dalam wacana tersebut. Pandangan
ini juga berfokus kepada kekuatan subjek dalam sesebuah wacana. Subjek dianggap
sebagai individu yang tidak neutral sehingga bahasanya juga tidak neutral. Analisis
wacana jenis ini melihat secara kritis
tentang peranan subjek tertentu, tema, pandangan
dan juga tindakan yang sedang dilakukan terhadap masyarakat.
No comments:
Post a Comment